Tuesday 31 May 2011

tak terluah...

Mood : ~
Song : Yang Terindah


Tetiba perasaan nih muncul...sungguh unik seketul darah ciptaan Mu Ya Allah...ianya dtg dan pergi begitu sahaja...d saat ini aku teringat arwah abah...masih terngiang2 d telinga aku kata2 akhir abah. “Khalid, mat zaid (adik aku) belajar sungguh2, sehingga dapat ijazah”...begitu byk kerenah aku yang terpaksa abah lalui...
Sekolah Teknik<>Politeknik<>SMKTPR<>UiTM Dungun<>Institut Za'ba<>UiTM Shah Alam...


dan masih bermain2 dlm kotak ingatan, “xbley sembuh dh ker kanser nih?...arwah abah bertanya pada ma”...ak cuba tpi air mata deras bercucuran...terasa pilu saat mendengar pertanyaan itu
dan masih bermain2 dlm kotak ingatan, pemergian abah tanpa ak d sisi...tpi smua tu sudah ketentuan dariNYa...ak redha dgn kehendakNYa, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Berkuasa
<<<<>>>> 
---- Masih segar dalam kotak ingatan, gurau senda dengan abah.
---- kene rotan dengan ranting bunga kertas akibat melintas      landasan keretapi tetiba
---- membina pagar rumah bersama
---- menjala ikan puyu/haruan kat sawah. Aku rindu saat2 tu...
---- baju melayu warna merah arwah abah, ak amik dan pakai smp sekarang
<<<<>>>> 
Mungkin aku pernah melukakan hati abah suatu ketika dulu, tpi itu mungkin kerana kejahilan aku, dan aku menyesal dengan kedegilan aku itu...
Da 3 tahun abah pergi. 19 May 2009, 12pm, Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu. Mengalir laju airmata aku menerima ketentuan abah sudah pergi buat selamanya.
Kembalinya abah kepada Yang Mencipta dan ak benar2 rindukan abah...hidup sunyi sepi tanpa mendengar suaranya...
Belum sempat abah melihat aku menerima segulung ijazah dan belum sempat aku membalas jasa abah...
Rasanya sunyi dan hampa hidup ini 
ketika aku sedar dan mengerti
bahawa dia pergi untuk selamanya
dan takkan kembali lagi..

Abah.....led rindu padamu......
Sedikit harapanku untuk bertemu denganmu...
menatap wajahmu, mendengar seruanmu.....
meskipun hanya di dalam mimpi....


Abah...lid redha dgn ketentuanNya
Al-Fatihah~~
Blog,
Jadilah anak yg taat pada bonda dan ayahanda. doakan kebahgian dan kesejahteraan mereka. berbuat baiklah pada mereka selagi mereka masih ada. kerana, aku sudah hilang peluang itu....

Hanya doa aku kirimkan buat abah di sana....

Lid sayang dan rindu abah....



LOVE, KHALID...

No comments:

Post a Comment