Sunday 27 May 2012

Rindu Tiada Noktah

"Though miles may lie between us but for friendship doesn't count miles, its measured by the heart"...

Bile kite teringat kat seseorang, itu namanya rindu kan?
Malam nih aku sangat rindukan seorang teman yg pernah bergelak tawa n menangis bersama...
Sekarang semua mempuyai kehidupan masing2. Aku dengan kehidupan aku dan dia dengan kehidupannya.
Orang selalu cakap jarak bukan jadi halangan...Betul ker?
Hmm mungkin betol juga sebab dengan teknologi yang serba canggih skang, kite boley call, msj, skype dan byk cara lagi...Semua ada pandangan masing2 dan aku juga ada pandangan aku tapi biarlah aku sorang jerk yang tahu...

Sudah lama kita tidak bersua,
Hanya tinggal kenangan yang tak mungkin ku lupa,
Kirimkan khabar selalu, seiringan hembusan bayu,
Sekadar pengubat rindu di kalbu,
Pantas masa berlalu meninggalkan kita semua,
Tanpa disedari bertambah usia kita,
Potret lama masih lagi ku simpan,
Ku bingkaikan kenangan, hingga terkadang tersenyum sendirian,
Perjalanan kita masih jauh,
Harapanku kau selalu bahagia...


Sahabatku, sesungguhnya aku merindui kamu...

LOVE, KHALID . . . 


#Dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka Berpisah kerana Allah merupakan antara 7 golongan yang akan dinaungi  'Arasy diakhirat nanti - Hadith Bukhari & Muslim...